Hari Gawai Platform Penyatuan Rakyat Memperkasa Aspirasi Malaysia MADANI

Jame Stephen menyeru masyarakat Dayak bersama-sama kerajaan untuk mengembalikan negara yang lebih baik dari segi ekonomi dan sosial selaras dengan kemahuan sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim, PMX untuk melaksanakan reformasi berdasarkan konsep Malaysia MADANI.
PENDAPAT, 29 Mei – Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua kaum Dayak, terutamanya di seluruh Malaysia. Semoga perayaan kali ini menjadi tanda keharmonian sesama kita dalam kehidupan seharian.
Di kesempatan ini, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menjadikan setiap perayaan yang dirayakan oleh kita disambut dengan kegembiraan oleh semua rakyat agar perpaduan antara kita akan menjadi lebih baik.
Bagi kaum Iban, tradisi menanam padi adalah kehidupan yang semua harus tempuhi bersama bukan sahaja untuk mendapatkan hasil tetapi sebagai tanda kalendar setahun bagi kaum Iban.

Selepas selesai, aktiviti menanam padi bermaksud setahun sudah berlalu dan tahun akan mendatang akan dimulakan selepas Hari Gawai Dayak.
Pada Hari Gawai masyarakat Iban terutamanya akan menjalankan ritual bagi meminta tuhan atau dikenali “petara” bagi memohon untuk rezeki yang lebih baik dari sebelumnya.
Selepas perubahan drastik berlaku di negara kita, penanaman padi bukan lagi satu tradisi mahupun berkisarkan kehidupan dalam masyarakat Iban kerana penanaman padi cara lama tidak menjamin kepada kehidupan yang lebih baik bagi seisi keluarga.
‘Ahmad Fadhli Yang “Koyak, Mudah Melenting” Bila Warganet Dedah Kebobrokannya’- Jame Stephen
Penanaman padi sekali setahun bukan sesuatu yang reliable lagi pada masa kini. Malahan kerajaan hari ini cuba untuk mengoptimumkan hasil padi dengan penuaian sehingga 5 kali selama 2 tahun.
Bagi masyarakat Dayak hari ini, kebanyakan masyarakat sudah tidak lagi menjadikan penanaman padi sebagai ekonomi utama seisi keluarga malahan kebanyakan masyarakat telah berpindah ke penanaman hasil lain seperti menanam sawit dan nenas yang membolehkan ekonomi seisi keluarga meningkat dan berupaya mengubah kehidupan mereka.

Oleh itu, saya mengajak saudara saudari terutamanya masyarakat Dayak untuk kembali kepada semangat sebenar tradisi menanam padi dengan menjadikan Hari Gawai sebagai titik permulaan kehidupan yang lebih baru dan lebih baik dari sebelumnya.
Dasar Kerajaan MADANI hari ini adalah dasar yang harus kita raikan bersama bersesuaian dengan konsep Hari Gawai iaitu mereformasikan sistem di dalam negara manakala Hari Gawai pula ingin menjadikan tahun sebelumnya lebih baik pada masa akan datang.
Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Dayak agar bersama-sama kerajaan untuk mengembalikan negara kita lebih baik dari segi ekonomi dan sosial selaras dengan kemahuan sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim, PMX untuk melaksanakan reformasi berdasarkan konsep Malaysia MADANI.
Trend ekonomi dan geopolitik dunia yang agak hambar pada kebelakangan ini menyebabkan proses negara kita untuk melonjak diri untuk lebih baik dari sebelumnya agak perlahan tetapi jalan ke arah reformasi tersebut masih berasa di landasan yang tepat.
Dengan mengambil kira faktor tersebut, suka saya nyatakan di sini bahawa saudara saudari harus menyediakan diri dalam mengerakkan reformasi tersebut bermula daripada kita sendiri, kepada keluarga seterusnya kepada masyarakat agar kesatuan itu harus dibina untuk menjadikan negara kita lebih baik pada masa akan datang.
Sekali lagi, mewakili keluarga saya dan seluruh rakyat Malaysia saya mengucapkan:
Selamat Gawai Dayak
Selamat Andu Gawai Dayak
Selamat Do Gawai Dayak
Sekian, Terima kasih.
– Jame Stephen merupakan aktivis KEADILAN Sarawak yang memperjuangkan isu-isu rakyat dalam konteks Malaysia MADANI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
