MPTMA63: Baki Pemberian Khas RM1.5 Bilion Akan Disegerakan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 11 Sep – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini berlangsung dengan baik dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mewakili Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri memberi jaminan baki sebanyak RM900 juta daripada RM1.5 bilion menerusi pemberian khas interim kepada Sabah akan dilunaskan segera dalam tempoh sebulan dua akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto PMO

Ia sebagai bantuan khas sementara penyelesaian pembayaran hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada Sabah terus dirunding dan dilaksanakan menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Komitmen itu dizahirkan Perdana Menteri, susulan permohonan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang meminta ia dipertimbangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto PMO

“Saya sudah bersetuju supaya bayaran interim itu dinaikkan segera kepada RM1.5 bilion mulai tahun ini. Rundingan akan diteruskan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian asal.

“Kita akan menunggu sidang Parlimen pada Oktober untuk menetapkan kertas berkaitan sebelum pembayaran keseluruhan RM1.5 bilion itu diselesaikan tahun ini, mungkin pada akhir Oktober atau awal November,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto PMO

Turut serta dalam sidang media itu ialah Hajiji; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat kali pertama bagi tahun ini yang memfokuskan perkembangan terkini status penyelesaian tuntutan dalam MA63.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto PMO

Anwar menyifatkan mesyuarat tersebut berjalan lancar dan mencapai objektif utama Kerajaan MADANI menyelesaikan tuntutan MA63 yang kurang diberi perhatian pentadbiran kerajaan terdahulu.

Selama 60 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, ia kurang mendapat perhatian terutama di Semenanjung namun selepas pentadbiran Kerajaan MADANI pada 2022, telah banyak perkara diselesaikan termasuk penyerahan operasi Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak beberapa bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto PMO

 

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *