PM Anwar Tiba Di New Delhi Bagi Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-18

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

NEW DELHI, 11 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dijadualkan bermula esok sehingga Ahad di Bharat Manapam, dekat sini.

Berlepas dari Kota Kinabalu, Sabah selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MPTMA63), pesawat khas dinaiki Anwar dan delegasi selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara (AFS) Palam di sini pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Menyambut ketibaan Perdana Menteri di pangkalan tentera udara di sini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India Sharifah Ezneeda Wafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Dr Mohd Shaharin Umar dan Atase Pertahanan, Kolonel Dr Nizlan Mohamed.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Turut menyambut Perdana Menteri ialah Menteri Hal Ehwal Luar merangkap Menteri Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India selaku Menteri Pengiring, Kirti Vardhan Singh; Setiausaha Tambahan Kementerian Hal Ehwal Luar India; Prashant Agrawal dan Komodor Udara AFS Air Force Base, VSM Rishabh Mittal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Sebaik turun dari pesawat, Anwar diraikan dengan persembahan tarian tradisional India sebagai sambutan alu-aluan kepada pemimpin dunia yang hadir pada sidang kemuncak berkenaan.

Sidang Kemuncak BRICS tahun ini dihoskan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi dengan tema “Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan”, dengan tumpuan kepada pengukuhan daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

Selain Modi dan Presiden Russia, Vladimir Putin, Perdana Menteri juga akan bertemu dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed di sela-sela Sidang Kemuncak itu.

Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin BRICS lain tertakluk kepada masa yang dipersetujui dengan pemimpin negara terbabit.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *