‘Ahmad Fadhli Yang “Koyak, Mudah Melenting” Bila Warganet Dedah Kebobrokannya’- Jame Stephen

Jame Stephen tampil menyangkal tuduhan jahat Ahmad Fadhli yang menuduh pelbagai naratif jahat terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tang. Foto Arkib

BINTULU, 29 Apr – Seorang aktivis KEADILAN Sarawak tampil menyangkal dakwaan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari apabila mengatakan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) ‘cepat koyak’ dan ‘mudah melenting’ dengan komentar beliau berkenaan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah Pang Sock Tang pada PRK DUN Kuala Kubu Bahru.

Jame Stephen berkata sebagai seorang wakil rakyat Ahmad Fadhli harus faham dan tahu fakta bahawa mana-mana sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu untuk menjadi individu yang cemerlang dari sudut akademik dan membentuk sahsiah yang baik.

“Kenapa perlu soal tempat persekolahan sekolah rendah dan sekolah menengah seseorang individu hingga sanggup ‘melabelkan’ sekolah vernakular dengan tuduhan berniat jahat?

“Adakah apabila orang Melayu atau orang Iban sekalipun yang bersekolah di sekolah vernakular tidak layak digelar rakyat Malaysia ataupun lebih teruk digelar sebagai rasis?” soalnya lagi.

Jame Stephen tampil menyangkal tuduhan jahat Ahmad Fadhli yang menuduh pelbagai naratif jahat terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tang. Foto Arkib

Terdahulu Sock Tao mendedahkan slip keputusan SPM dan UPSR selepas diminta oleh Ahmad Fadhli di dalam hantarannya di Facebook hari ini.

Warganet kemudianya terkejut melihat keputusan yang didedahkan Sock Tao yang mana beliau mendapat A dalam kesemua subjek sama ada UPSR mahupun SPM.

Susulan itu ramai warganet memberi komentar bahawa Sock Tao seorang yang sangat bijak dan cemerlang dalam pelajaran sekaligus layak untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Kuala Kubu Bahru jika dipilih kelak.

Mengulas lanjut Jame menambah, sepatutnya Ahmad Fadhli bangga dengan keputusan yang diperolehi oleh seorang calon wakil rakyat berbangsa Cina mendapat semua A termasuklah subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah sebagai antara subjek penting dalam SPM.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik Pang Sock Tao yang dimuat naik di Facebook, hari ini bagi menjawab ‘pertanyaan’ Ahmad Fadhli yang kini menjadi ‘senjata makan tuan’.

“Pang Sock Tao mempunyai kefahaman Bahasa Melayu yang sangat baik dan sepatutnya ahli dan penyokong Pas sedar dan tidak menyerang isu pendidikan rendah dan menengah beliau.

“Siapa sebenarnya yang ‘cepat koyak’ dan ‘mudah melenting’ apabila sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh mereka sendiri tidak mampu dipertahankan oleh mereka yang akhirnya memakan diri sendiri,” bidasnya lagi.

Apabila warganet mendedahkan kebobrokkan Ahmad Fadhli, beliau cuba pula mengalih tiang gol mendakwa itu dan ini seolah dia sendiri yang ‘koyak’ setelah dihentam bertalu-talu melalui komen di media sosial.

Jame kemudiannya mengulas berkenaan dakwaan Ahmad Fadhli kononnya Sock Tao tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam perkhidmatan awam sebagai ‘modal serangan’ terbaharunya setelah dimalukan warganet yang menjawab naratif rasis terhadap Sock Tao.

Keputusan Sijil Ujian Pelajaran Sekolah Rendah (UPSR) milik Pang Sock Tao bagi menjawab kebodohan Ahmad Fadhli yang mempertikai kelayakan akademiknya semasa berada di sekolah rendah.

Namun sebaliknya Jame melihat beliau dari awal lagi terlibat dengan politik kepartian sejak dari bangku sekolah kemudian menjadi Setiausaha Akhbar kepada Nga Kor Ming sudah cukup melayakkannya untuk menjadi wakil rakyat yang baik dan faham denyut nadi rakyat di kawasannya sendiri.

“Pada usia muda, Pang Sock Tao menolak untuk bekerja dalam perkhidmatan awam mahupun sektor swasta walaupun beliau mempunyai keputusan yang sangat baik dalam SPM kemudian berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan dan selepas itu beliau membuat keputusan untuk berkecimpung sepenuh masa dalam bidang politik dalam portal Ubah TV milik DAP.

“Kita semua tahu bahawa risiko yang sangat tinggi jika melibatkan diri dalam bidang politik dan kemasyarakatan lebih-lebih lagi bermula dari usia muda. Oleh itu, saya percaya Pang Sock Tao mempunyai keinginan yang tinggi dan mempunyai kelayakan yang cukup untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

“Saya menyeru kepada semua penyokong PH dan PN agar menghentikan serangan yang tidak berasas seperti ini di dalam kempen pilihan raya agar persaingan antara calon lebih berdasarkan kepada isu setempat mahupun isu negara yang mana lebih kritikal ketika ini,” tegas beliau.

Persaingan yang baik antara calon akan menyuburkan demokrasi di negara kita ke arah kempen politik yang lebih bersifat kenegaraan dan bukanya isu peribadi atau isu kecil yang tidak berasas seperti sekarang,” ujarnya lagi.

PRK KKB: Pang Sock Tao Jawab Kelulusan Akademik, Ahmad Fadhli ‘Membisu’

“Saya berharap agar rakyat di Kuala Kubu Bahru memilih calon yang betul dengan memilih Calon PH iaitu Pong Sock Tao sebagai wakil rakyat kemudiannya membawa isu-isu setempat ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka memandangkan calon PH adalah wakil rakyat Kerajaan Perpaduan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, latar belakang pendidikan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut yang juga pemangku ketua Bersatu Bahagian Hulu Selangor dijadikan isu kerana poster profilnya mencatat hanya memiliki diploma dan sarjana tanpa ijazah.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, mendakwa Fadhli terperangkap dengan permainannya sendiri dan terpaksa membangkitkan isu sekolah vernakular.

“Mungkin YB Pasir Mas kurang selesa bahawa Xiao Tao (Pang Sock Tao) belajar di sebuah SJKC.

“Tetapi, ada juga pimpinan Pas menghantar anak-anak mereka ke SJKC seperti ramai ibu bapa Melayu yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *