Lelaki Filipina Didenda RM7,000, Penjara Tiga Tahun Eksploitasi Rakan Senegara

Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Sesyen Keningau di sini.
KENINGAU, 30 Mei – Mahkamah Sesyen Keningau di sini menjatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda terhadap seorang lelaki warga Filipina selepas mengeksplotasi rakan senegaranya untuk mengedar dadah.
Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Eting@Najar Asdali, 57, mengaku bersalah dengan pertuduhan itu sebaik dibacakan jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu didakwa memperdagangkan seorang warganegara Filipina dengan memperdayakannya untuk tujuan eksploitasi aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu mengedar dadah.

Tertuduh melakukan kesalahan ini kira-kira jam 1 pagi 20 September 2023 sehingga 11.37 pagi 10 November 2023 di sebuah rumah kebun tidak bernombor di Kampung Bambangan, Jalan Lintuhun, Namadan Sook di sini.
Untuk kesalahan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [AKTA 670].
Mahkamah menetapkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda RM7000, hukuman penjara selama tiga tahun akan ditambah sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat dan tertuduh diwakili Lydiana Laura Micheal.
Terdahulu, mangsa diselamatkan oleh sepasukan Jabatan Imigresen Keningau diketuai oleh Timbalan Penolong Penguasa Kanan Dickson @ David Bilin di Kampung Bambangan, Jalan Lintuhun, Namadan Dalam Daerah Kecil Sook pada 10 November 2023.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
