PM Anwar, Hajiji Solat Jumaat Usai Pengerusikan Mesyuarat MTPMA63

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu serta beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil menikmati jamuan tengah hari pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 11 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah kariah di Masjid Jamek Likas, dekat sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu serta beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil menikmati jamuan tengah hari pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketibaan Anwar disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan para pegawai kerajaan kira-kira jam 11.50 pagi setelah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu serta beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil menikmati jamuan tengah hari pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tajuk khutbah Jumaat di Sabah hari ini ialah ‘Hari Malaysia: Nikmat Keamanan, Amanah Bersama’ mengupas peringatan mensyukuri nikmat keamanan sempena Hari Malaysia yang disampaikan imam masjid dan disusuli dengan solat Jumaat.

Salah seorang penduduk mempamerkan tulisan khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Usai solat, Anwar dan Hajiji meraikan para jemaah dan penduduk sekitar menikmati jamuan tengah hari yang disediakan sambil beramah mesra dengan mereka bertanyakan khabar serta berbual tentang kehidupan seharian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu serta beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil menikmati jamuan tengah hari pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar kemudiannya menyerahkan sumbangan khas daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,500 kepada semua 111 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku di Kampung Numbak pada 30 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu serta beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil menikmati jamuan tengah hari pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sumbangan itu disampaikan ketika Anwar mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Damai, di sini, selain menziarahi keadaan mangsa ditempatkan di pusat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, Kota Kinabalu serta beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil menikmati jamuan tengah hari pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *