PM Anwar Salur Sumbangan Khas RM1,500 Buat Mangsa Kebakaran Numbak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Numbak ketika melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai pada 11 September 2026. Foto PMO

KOTA KINABALU, 11 Sep – Prihatin dan sedih dengan nasib mangsa yang terkesan akibat kebakaran rumah di Kampung Numbak, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyerahkan sendiri bantuan khas Kerajaan MADANI sebanyak RM1,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Sumbangan berkenaan diserahkan Anwar yang ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbanguna Damai, dekat sini yang menceriakan wajah mangsa terkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Numbak ketika melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai pada 11 September 2026. Foto PMO

Kehadiran Anwar yang tiba jam 1.50 tengah hari itu jelas memberi kelegaan dan kegembiraan buat keluarga yang masih mendiami PPS berkenaan setelah kediaman mereka musnah pada 30 Ogos lalu.

Setiap KIR turut menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM500 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Numbak ketika melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai pada 11 September 2026. Foto PMO

Anwar turut menyampaikan bakul makanan daripada NADMA kepada mangsa terbabit sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI sementara mengusahakan langkah seterusnya menguruskan penempatan baharu yang akan dikendalikan kerajaan negeri.

“Hati saya amat tersentuh tatkala dimaklumkan tragedi ini turut meragut nyawa tiga orang kanak-kanak berusia antara 4 hingga 8 tahun. Kehilangan anak-anak kecil dalam musibah sebegini tentunya meninggalkan luka yang amat dalam, bukan sahaja buat keluarga, malah seluruh komuniti yang turut berkongsi kedukaan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Numbak ketika melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai pada 11 September 2026. Foto PMO

“Saya dan Azizah merakamkan salam takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak-anak ini serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga untuk melalui ujian yang amat berat ini,” ujar Anwar.

Dalam kejadian pada jam 1.40 pagi, 30 Ogos lalu, sebanyak 202 rumah musnah terbakar dan tiga kanak-kanak maut iaitu Mohd Asrul Abdullah, 6; Nana Abdullah, 4; dan Nur Farah Bilah Mohd Tajah, 8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Numbak ketika melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai pada 11 September 2026. Foto PMO

“Usaha juga mesti dipercepat bagi memastikan keluarga yang kehilangan tempat berteduh dapat kembali membina kehidupan dalam keadaan yang lebih selamat dan bermaruah, sementara anak-anak yang terkesan dapat segera kembali ke sekolah dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.

“Doa saya dan Azizah, semoga Allah SWT mengangkat kesedihan ini, menguatkan jiwa mereka yang diuji dan menggantikan segala duka dengan sinar harapan yang baharu,” ujar Anwar lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *