Warganet ‘Serbu’ Facebook PM Anwar Sindir Zahid Dengan ‘Guru’ Dan ‘Slay’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 11 Sep – Warganet menyerbu laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat secara sinis menyindir timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi dengan menggunakan rujukan ‘guru’ dan ‘slay’ sejak malam tadi.

Memuat naik hantaran terbaharu kira-kira jam 10.50 malam sejurus tiba di New Delhi, India, Anwar menggunakan kedua-dua perkataan itu bagi membalas ucapan Ahmad Zahid yang dilontar ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy,” katanya.

Antara komen lucu yang menyindir Ahmad Zahid yang ditinggalkan warganet di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Ahmad Zahid menyindir seorang individu yang didakwanya enggan mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat, dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri seakan tertekan dengan berita penangguhan permohonan pengampunan Najib Razak pagi tadi.

Namun, hantaran Perdana Menteri secara selamba di Facebook pantas disambut warganet yang menyindir kembali Ahmad Zahid dengan perkataan ‘guru’ dan ‘anak murid’ yang menjadi bahan ketawa mereka.

Nurul Izzah Yaacob menulis “Beberapa kali baca, ingat salah page 😅😅 Guruuu!

Antara komen lucu yang menyindir Ahmad Zahid yang ditinggalkan warganet di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Padu YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim !,” tulisnya.

Najiha Azman pula meninggalkan komen semangat berunsur sindiran kepada Ahmad Zahid berbunyi: “hentikan guruu… nanti ada yg tersakiti… slayyyy…. 😆😆 DSAI mmg sempoi lah… siap ada 💅🏻,” katanya.

Sementara Muhammad Arif Rzli pula berkata “Aku bukan nak sokong PMX.. tapi dia yg paling kuat bekerja.. dari sabah terbang ke India.

“Bila rehat weh ?

“Aku doakan dia dilindungi Allah 🤲🏻

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 pada 11 September 2026. Foto PMO

“Terima kasih PMX harumkan nama Malaysia.”

Setakat jam 12 tengah malam ini, hantaran berkenaan menerima lebih 18 ribu reaksi dengan lebih seribu perkongsian termasuk lebih 3,400 komen warganet dan dijangka semakin bertambah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *