PADU Yang Tak ‘Padu’: Ramai Akan Tercicir Akibat Tidak Semua Rakyat Ada Akses Dalam Talian

Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengemukakan beberapa syor sekiranya PADU ingin mencapai objektifnya atau hanya merupakan satu kegagalan terbesar dalam sejarah pengumpulan data negara.

KUALA LUMPUR, 31 DisPihak berkuasa disaran bersikap tidak lepas tangan jika ada isi rumah tercicir daripada mengemas kini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU).

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata ini kerana tidak semua rakyat Malaysia memiliki akses untuk melakukan pendaftaran secara dalam talian.

Mengambil contoh golongan gelandangan, beliau berkata, bagaimana nasib golongan itu kerana mereka langsung tidak mempunyai capaian kepada peranti asas untuk mendaftar maklumat menerusi sistem terbabit.

“Kita harus ingat tidak semua rakyat mempunyai akses kepada pendaftaran secara dalam talian, terutama masyarakat terpencil di luar bandar dan mungkin gelandangan di bandar raya yang tidak mampu memiliki telefon pintar.

“Seharusnya agensi kerajaan turun padang seperti satu masa dulu Jabatan Penerangan masuk ke kawasan terpencil untuk memberikan penerangan dan membantu proses pendaftaran.

“Ia juga boleh dilakukan oleh parti politik yang pastinya mempunyai pangkalan data pengundi masing-masing, apatah lagi wakil rakyat kawasan mesti turun padang seperti ketika tempoh berkempen dahulu,” katanya kepada BH, semalam.

Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengemukakan beberapa syor sekiranya PADU ingin mencapai objektifnya atau hanya merupakan satu kegagalan terbesar dalam sejarah pengumpulan data negara.

Aimi Zulhazmi berkata, itu antara langkah yang perlu diseragamkan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam usaha menyalurkan subsidi bersasar kepada rakyat secara efektif, telus dan tanpa membuang masa.

“Tidak wajar diabaikan. Malah, agensi kerajaan perlu memastikan setiap pemegang kad pengenalan iaitu warganegara Malaysia didaftarkan untuk kebajikan. Pasti ada yang tercicir untuk fasa permulaan pendaftaran hingga Mac 2024, berikutan pelbagai sebab termasuk sakit, masalah keluarga dan cuaca.

“Untuk menjadi satu sistem atau program yang berkesan, PADU mestilah sentiasa diperbaiki dan menerima sebarang maklum balas dalam usahanya mencapai objektif penubuhannya, ” katanya kepada BH hari ini.

Sebagai syor kepada kerajaan dalam memudahkan urusan pendaftaran maklumat di PADU, Aimi Zulhazmi berkata, boleh dipertimbangkan untuk menggunakan data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kewangan dalam program bantuan khas merangkumi butiran e-Madani dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagaimanapun, beliau mengakui ada urusan kemas kini yang perlu dilakukan untuk mendapatkan perbelanjaan sebenar isi rumah kerana sebelum ini kelayakan menerima bantuan hanya menggunakan pendapatan kasar tanpa mengambil kira pendapatan bersih sebenar.

“Selain itu, lokasi rakyat Malaysia perlu diambil kira sama ada di bandar raya atau pedalaman. Klasifikasi B40 dan M40 yang menggunakan pendapatan kasar isi rumah tidak lagi bersesuaian kerana kos sara hidup berbeza-beza mengikut lokaliti penduduk Malaysia,” katanya.

Sama ada ia berjaya atau sebaliknya, ia tidak mempunyai jaminan malah berisiko menjadi kegagalan terbesar dalam sejarah pengumpulan data negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *