Negeri Sembilan FC Jinakkan Selangor FC Di Petaling Jaya

SHAH ALAM, 31 Jul – Selangor FC mensia-siakan beraksi di laman sendiri setelah kecundang 2-3 di tangan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.
Walaupun Gergasi Merah menguasai perlawanan separuh pertama dengan jaringan 2-0 namun ternyata mereka gagal mengekalkan konsistensi dan tidak berupaya mengekang asakan Jang yang lebih bertenaga.
Negeri Sembilan FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 dan gol kemenangan pada minit ke-8.
Terdahulu, gol Selangor FC disumbangkan oleh Herlison Caionn pada minit ke- 8 dan diikuti Yazan Al Arab pada minit ke-30.
Selepas saingan tadi, Selangor FC kini menduduki tempat keenam dalam carta Liga Super dengan 16 mata selepas 13 perlawanan.
Takhta liga kini diungguli oleh JDT dengan 32 mata diikuti Sabah FC (31) dan Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 26 mata.
