UCL: Gergasi Jerman Dibelasah Kelab Kerdil Itali, Eindhoven Tamatkan Badi

Nico Paz of Como 1907 celebrates with teammates after the UEFA Champions League 2026/27 League Phase MD1 match between Como 1907 and RB Leipzig at Giuseppe Sinigaglia Stadium on September 10, 2026 in Como, Italy. Photo by Claudio Villa/Getty Images

COMO, 11 Sep – Kelab kerdil kendalian bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas, Como, tampil mengagumkan pada penampilan sulung mereka dalam kejohanan kelab utama benua, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Jaringan pemain tengah Croatia, Martin Baturina, penyerang Greece, Tasos Douvikas dan pemain Senegal, Assane Diao, meletakkan Como dalam kawalan ketika menentang RB Leipzig.

Pemain tengah Serbia, Andrija Maksimovic, merapatkan jurang buat Leipzig sebelum Maximo Perrone memastikan kemenangan 4-1 pada penghujung perlawanan dalam malam impian buat Como di utara Itali.

PSV Eindhoven bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 menentang Shakhtar Donetsk di Stadium Philips, Eindhoven pada 10 September 2026. Foto Agensi

Dalam satu lagi perlawanan di Belanda, PSV Eindhoven bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 menentang Shakhtar Donetsk di laman sendiri, sekali gus menamatkan rekod buruk dalam aksi pembukaan kempen UCL.

Kelab berpangkalan di Eindhoven itu tewas dalam perlawanan pertama pada lima penampilan terakhir mereka di Liga Juara-Juara dan ketinggalan pada separuh masa sebelum Sergino Dest menyelamatkan satu mata.

Di penghujung babak pertama, Shakhtar mengejutkan tuan rumah apabila Gleiker Mendoza melakukan gerakan dari sayap sebelum melepaskan rembatan rendah yang gagal ditepis penjaga gol Matej Kovar.

PSV bertindak balas sejurus selepas rehat apabila bola dihantar merentasi kawasan penalti kepada Dest yang tenang menyudahkan peluang ke penjuru bawah gawang.

PSV gagal mencatat kemenangan pertama pada aksi pembukaan sejak tahun 2015, namun sekurang-kurangnya mereka memulakan kempen dengan satu mata ketika berusaha memperbaiki kedudukan mengecewakan di tempat ke-28 pada peringkat kumpulan musim lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *