Semat Rasa Juang Pahlawan Bebaskan Negara Dari Kezaliman – Andre Lai

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju hari ini menyeru rakyat pelbagai kaum untuk menyemat semangat juang pahlawan bagi membebaskan negara dari kezaliman sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Menerusi kenyataan media sempena Hari Pahlawan hari ini, Andre Lai berkata, beliau mengingatkan rakyat negara ini tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air yang kini diterjemahkan kepada membebaskan negara ini dari kezaliman pemerintah.

“Tanggal 31 Julai, negara kita menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati perajurit negara dan mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

“Perjuangan mereka begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir bagi tanah air yang tercinta. Bebaskan negara dari kezaliman dengan menyemai semangat juang mereka dalam sanubari. Selamat menyambut Hari Pahlawan 2022,” katanya.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun khusus bagi mengenang dan menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka mempertahankan negara dari serangan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *