Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Bukti Malaysia MADANI Semakin Diyakini

Pengurusan tertinggi Google termasuk Presiden dan CEO, Ruth Porat mengadakan pertemuan secara maya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan komitmen melabur AS$2 bilion yang disahkan termasuk AI pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 31 Mei – Satu lagi kejayaan membanggakan daripada segi pelaburan asing dicatatkan oleh negara.

Kali ini ia dicapai melalui Google, sebuah syarikat teknologi utama dunia yang mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion.

Pelaburan tersebut adalah bagi menempatkan pusat data Google pertama dan rantau Google Cloud di Malaysia.

Pengurusan tertinggi Google mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan komitmen melabur AS$2 bilion yang disahkan pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan, pelaburan itu akan menyokong 26,500 pekerjaan merentas pelbagai sektor di Malaysia termasuk dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, dan kewangan dengan jumlah keseluruhan impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di media sosial menyambut baik pengumuman pelaburan langsung asing itu.

MENYOKONG AGENDA KERAJAAN

Katanya, komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion itu adalah bagi menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan lagi transformasi digital negara.

Pengurusan tertinggi Google termasuk Presiden dan CEO, Ruth Porat mengadakan pertemuan secara maya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan komitmen melabur AS$2 bilion yang disahkan pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pelaburan itu dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion dan pewujudan sebanyak 26,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030,” ujar beliau.

Dalam hal ini, Anwar mengimbas pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu di mana beliau telah menekankan kepada syarikat tersebut tentang dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan perlunya kerjasama strategik ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan juga pertanian.

Di samping banyak pelaburan lain telah berjaya dibawa masuk dalam pelbagai lawatan Perdana Menteri ke luar negara sebelum ini, pelaburan daripada Google ini amat penting dalam mengembangkan lagi kepesatan teknologi di negara ini.

Yang nyata, negara di bawah pimpinan PMX Anwar Ibrahim semakin mendapat kepercayaan serta keyakinan daripada syarikat-syarikat utama dunia.

Dengan perkembangan ini, masa depan Malaysia semakin gemilang di bawah pimpinan PMX.

– Oleh Noraini Nordin


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *