PM Anwar Sembah Maklum Isu Pembangunan Semasa Menghadap Sultan Selangor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 September 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 10 Sep – Beberapa perkara termasuk isu semasa berkaitan pembangunan negeri Selangor disembah maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, perkara itu dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin atas perkenan Tuanku menerima menghadap beliau hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 September 2026. Foto PMO

“Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan menerima patik menghadap.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan pembangunan negeri Selangor,” ujar beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan seluruh Kerabat Diraja Selangor sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

”Dirgahayu Tuanku,” ujar Anwar.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *