PM Anwar Arah Operasi Banteras Kecurian Diesel Dipertingkat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut persatuan penduduk sekitar Labuan ketika menghadiri sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan Labuan hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

LABUAN, 31 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.

Beliau turut menzahirkan komitmennya untuk mengambil tindakan yang keras terhadap pihak yang terbabit dalam kegiatan mencuri diesel.

“… yakinlah bahawa kita akan melakukan segala yang terdaya untuk menjejaki mereka yang terbabit dan jika ditangkap bersama bukti, kita akan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika menghadiri sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan Labuan hari ini. Foto Bernama

“Kita tidak mahu melihat negara ditipu… kita mahu agensi penguatkuasa termasuk di Labuan supaya mempertingkat operasi dan pemeriksaan bagi membanteras kegiatan mencuri diesel,” katanya pada Sesi Libat Urus Komuniti di Jabatan Laut Labuan di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa tindakan membendung kecurian diesel adalah penting bagi melindungi kepentingan rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan, yang banyak bergantung kepada diesel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut persatuan penduduk sekitar Labuan ketika menghadiri sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan Labuan hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau juga menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang kejadian berkaitan kecurian diesel dan penyalahgunaan kepada pihak berkuasa bagi membantu tindakan keras yang diambil bagi menangani isu itu.

Selain itu, Perdana Menteri mengulangi pendirian beliau berhubung program rasionalisasi diesel serta memaklumkan bahawa Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada skim baharu tersebut yang diumumkan pada 21 Mei lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut persatuan penduduk sekitar Labuan ketika menghadiri sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan Labuan hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata hampir semua keluarga di kedua-dua negeri bergantung kepada diesel dan pelaksanaan perubahan subsidi akan membebankan mereka.

Bagi mengurangkan potensi kesan inflasi ke atas harga barangan dan perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberikan subsidi diesel tunai secara terus kepada pemilik individu kenderaan komersial.

Beliau berkata program rasionalisasi itu akan menyasarkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pembawa barangan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *