Peruntukan RM22 Juta Mampu Tambah Baik Khidmat Jabatan Laut – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan di jeti Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro) Labuan pada Jumaat. Foto X Fahmi Fadzil
LABUAN, 31 Mei – Peruntukan RM22 juta yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja sehari beliau ke Labuan hari ini akan menambah baik keseluruhan Kompleks Jabatan Laut Labuan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata peruntukan yang disalurkan itu perlu seiring dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Inilah yang kita dengar tadi, diharapkan oleh warga Labuan..tetapi juga bersekali dengan usaha menambah mutu perkhidmatan di jeti tersebut.

“Tak guna ada jeti baharu tapi masih ada ‘back loff’ dan lama untuk kita proses beberapa perkara,” kata Fahmi kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia, Kapten Mohamad Halim Ahmed berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak untuk meneliti semula kawasan itu.

“Seperti mana disaran YAB PM (Perdana Menteri) tadi, kita kena tengok keseluruhan dan kita akan berbincang dengan perbadanan dan juga Jabatan Wilayah Persekutuan bagaimana kita nak ‘maximise’ keseluruhan kawasan ini.
“Kemungkinan besar boleh kita pertimbangkan untuk buatkan satu kompleks terminal yang lebih baik,” katanya.
Peruntukan RM22 juta itu termasuk penambahbaikan Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro), pendaratan feri dan ruang menunggu penumpang.
Ia bagi mengatasi masalah kesesakan perkhidmatan itu dan memberikan kemudahan tahap terbaik kepada pengguna di Labuan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
