Hala Tuju FELDA: Laporan Interim Dibentang Kepada PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 10 Sep – Jawatankuasa Khas Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 (Jawatankuasa Khas HTF30) akan mengemukakan laporan interim berkenaan kajian serta cadangan penambahbaikan yang dipersetujui kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada penghujung bulan ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, laporan itu disediakan selepas mengadakan enam siri mesyuarat bersama pihak berkaitan termasuk FELDA berkaitan hala tuju, operasi dan penyusunan organisasi kumpulan itu.

“Siri mesyuarat berkenaan meneliti pelbagai aspek melibatkan hala tuju strategik, operasi, kedudukan kewangan, struktur organisasi dan tadbir urus Kumpulan FELDA,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Ia juga menumpukan tentang perkara-perkara asas bagi memulihkan keyakinan para pelabur dan pemegang taruh dalam jangka masa sederhana serta komitmen kerajaan pada masa depan.

Kenyataan itu memaklumkan, Jawatankuasa Khas HTF30 sedang meneliti perkara-perkara seperti status penyahsenaraian FGV Holdings Berhad serta pembentukan model perniagaan baharu untuk mencapai kelestarian dan kemandirian FELDA.

“(Turut diteliti) cadangan Model FELDA Baharu yang turut menyentuh tanggungjawab FELDA terhadap peneroka dan generasi seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Jawatankuasa itu turut mengkaji hal berkaitan kelemahan tadbir urus dalam pembelian atau pelaburan lapan aset seperti yang terkandung dalam Kajian Forensik Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

Ia juga merupakan hasil program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos lalu dengan pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan terus kepada Perdana Menteri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *