Isu Bekalan Air UMS: KPT Tambah RM2 Juta Daripada Pengumuman PM Anwar RM3 Juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi mengatasi isu bekalan air di UMS pada Julai 2023.
TAWAU, 13 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mengatasi isu bekalan air yang dihadapi warga kampus itu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata penambahan terbabit menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi tujuan itu kini mencecah RM5 juta.
Beliau berkata, kerajaan amat prihatin dan mengambil maklum berhubung isu itu dan cuba memberi bantuan, termasuk yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjumlah RM3 juta sebelum ini.
“Saya mendengar dan turun padang sendiri serta berinteraksi dengan pihak berkaitan, termasuk pelajar.
“Saya difahamkan pihak UMS memerlukan bantuan tambahan, justeru kita (KPT) menambah lagi RM2 juta menjadikan keseluruhannya berjumlah RM5 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
