PM Anwar Arah Laporan Kebakaran Sekolah Alam Shah Disiapkan Segera

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur pada 13 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya laporan siasatan lengkap mengenai insiden kebakaran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras, baru-baru ini, disediakan dengan segera.

Perdana Menteri yang melawat sekolah itu selepas solat Jumaat, hari ini, berkata penyediaan laporan berkenaan adalah bagi membolehkan segala bentuk bantuan dan pemulihan dilakukan dengan pantas serta berkesan.

Ia susulan beberapa bahagian penting sekolah itu termasuk blok pentadbiran, bilik guru, makmal serta kemudahan lain, musnah akibat kebakaran pada awal pagi Selasa lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur pada 13 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Melihat sendiri impak kemusnahan itu cukup menyentuh hati kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.

“Insya-Allah, kita akan memastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur pada 13 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semoga seluruh warga sekolah, pelajar, guru serta staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya dalam catatan melalui media sosial beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri melawat sekolah itu pada jam 2.25 petang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur pada 13 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mereka diberikan taklimat oleh para pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta kronologi kebakaran yang menimpa kawasan sekolah berasrama penuh itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur pada 13 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut meninjau tapak cadangan pembinaan bilik guru sementara, selain beramah mesra dengan pelajar serta warga pendidik sekolah itu.

Selasa lalu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dilapor memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran di sekolah itu pada jam 4.15 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur pada 13 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya dalam satu kenyataan, tingkat tiga bangunan berkenaan yang antara lain menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa lagi bilik lain, musnah dalam kebakaran tetapi tiada mangsa terbabit.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *