Aturcara Padat KEB2024 Bermula Esok, Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pra-peluncuran KEB2024 yang pastinya akan mengangkat agenda ekonomi Bumiputera. Foto Jabatan Perdana Menteri
PENDAPAT, 28 Feb – Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) akan berlangsung esok, 29 Februari hingga 2 Mac.
Kongres kali ketujuh ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC di Putrajaya.
Berdasarkan aturcara yang dikeluarkan, jadual KEB2024 ini amat padat sekali.
Jadual hari pertama dimulakan dengan ucaptama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 9.15 pagi.
Ia seterusnya diikuti dengan pembentangan kedudukan semasa sosio ekonomi Bumiputera oleh Kementerian Ekonomi.

REFORMASI PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN
Kemudian disusuli dengan pembentangan tentang refomasi pendidikan dan modal insan, daya saing perusahaan Bumiputera, Felda dan tanah wilayah, Tvet pilihan kerjaya utama, pembangunan desa dan sosioekonomi Bumiputera Sabah.
Aturcara pada sebelah petang dimulakan Diskusi Madani 1 yang bertajuk aspirasi perpaduan mengukuhkan agenda Bumiputera, diikuti sesi pembentangan berkaitan mengukuhkan industri halal dan penguasaan teknologi baharu.
Aturcara hari kedua dimulakan dengan pembentangan berkaitan sosioekonomi Bumiputera Sarawak, pemerkasaan masyarakat orang asli dan penguasaan korporat serta penciptaan kekayaan.
Agenda Ekonomi Bumiputera Perlu Tatakelola Yang Jelas – PM Anwar
Seterusnya berlangsung pula Diskusi Madani 2 dengan tajuk mendepani cabaran untuk menoktahkan kemiskinan tegar.
Pada sebelah petang hari kedua dipenuhi dengam Diskusi Madani 3 dan Diskusi Madani 4.
Diskusi Madani 3 bertajuk mencipta peluang Bumiputera dalam peralihan tenaga, manakala Diskusi Madani 4 membawa tajuk peluang meningkatkan skala usahawan mikro dan kecil.
Jadual hari ketiga dimulakan dengan pembentangan rumusan oleh pengerusi-pengerusi sesi libat urus dan diikuti dengan forum bertajuk aspirasi masa depan Bumiputera.
Majlis penutup KEB2024 pada sebelah petang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ucapan penutup yang pssti ditunggu-tunggu semua yang dijangka akan ada pengumuman penting dilakukan dalam konteks memperkasakan lagi kedudukan ekonomi kaum Bumiputera di negara ini.
Seterusnya akan diadakan majlis penyerahan sesi libat urus KEB2024 kepada Perdana Menteri.
- Oleh Noraini Nordin
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
