PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Pengasas Bersama Grab

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Anthony (tiga dari kiri) di Putrajaya. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 FebPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc (Grab), Anthony Tan di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar berkata, Anthony adalah usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat.

Katanya, syarikat Grab yang diasaskan Anthony kini mempunyai modal pasaran sebanyak AS$12.34 bilion.

“Dalam pertemuan ini saya dibentangkan potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Anthony (tiga dari kiri) di Putrajaya. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Selain itu, pengoperasian GX Bank dijangka membabitkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam hantaran di media sosial X.

Perdana Menteri berkata, turut dibincangkan mengenai bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang turut membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia dalam meningkatkan peluang menjana pendapatan.

“Semoga kecekalan saudara Anthony menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *