AMK Sampaikan Sumbangan Air, Kurma Kepada JBPM Beaufort, Kuala Penyu

Malik bersama bersama ahli jawatankuasa AMK Beaufort menyampaikan sumbangan air dan kurma kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Beaufort. Foto Facebook AMK Beaufort

BEAUFORT, 30 Mac – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Beaufort telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Bomba Dan Penyelamat Kuala Penyu serta Beaufort.

Menurut Ketua AMK, Abdul Malik Abdul Ghani berkata usaha itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pasukan dan anggota bomba di dua daerah itu.

“Seperti kita tahu, daerah Beaufort banyak berlaku kebakaran hutan dan pasukan bomba melalui pelbagai cabaran dan rintangan bagi memadamkan api,” katanya.

“Akibat daripada pembakaran ini, Beaufort telah mengalami jerebu, dan mujur dalam sehari dua ini sedikit hujan dan ia dapat mengurangkan juga kebakaran di kawasan yang sukar dilalui serta dapat juga mengurangkan jerebu,” katanya.

Malik bersama bersama ahli jawatankuasa AMK Beaufort menyampaikan sumbangan air dan kurma kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Beaufort. Foto Facebook AMK Beaufort

Pada majlis ringkas penyerahan sumbangan, Malik bersama ahli jawatankuasa AMK Beaufort telah menyampaikan sumbangan air minuman dan kurma kepada pasukan bomba Beaufort dan Kuala Penyu.

Dalam masa sama Malik turut menerima sedikit penerangan daripada pihak bomba Beaufort mengenai situasi kebakaran di Beaufort.

“Kita telah dimaklumkan bahawa keadaan pada ketika ini terkawal dan berharap hujan akan terus turun membasahi kawasan Beaufort khususnya yang terlibat dengan pembakaran. Saya juga berharap orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran kerana khuatir ia akan menyebabkan kejadian yang lebih besar di luar jangkaan.

“Saya juga berharap masyarakat setempat dapat bersama-sama membantu bomba sekiranya terdapat sebarang kejadian pembakaran terbuka agar dapat mencegahnya dari menjadi lebih teruk, ” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *