ATM Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 420 Kilogram Gula, 105 Liter Diesel

Sejumlah 35 karton gula seberat 420 kilogram yang disorok dalam hutan, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran berjaya dirampas. Foto ATM

LAWAS, 29 MacAngkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter di Kampung Punang di Ba’Kelalan, hari ini.

Menurut Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, pasukan tentera menjumpai bungkusan kanvas yang mencurigakan ketika meronda di Sektor Op Jagakawan, iaitu lebih kurang 900 meter dari sempadan Indonesia.

“Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter.

Sejumlah 35 karton gula seberat 420 kilogram yang disorok dalam hutan, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran berjaya dirampas. Foto ATM

“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,422.75,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lawas pada 3 April ini.

“Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang tanpa izin, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” katanya lagi.

Pasukan tentera menjumpai bungkusan kanvas ketika meronda di Sektor Op Jagakawan, Ba’kelalan hari ini. Foto ATM


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *