Tengku Hassanal Berkenan Lawat Tapak Semaian Alga

Tengku Hassanal (tiga kiri) menerima sembah sembah taklimat ringkas daripada Adam Nasir (tiga kanan). Foto Jabatan Penerangan
KUCHING, 18 Jan – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Algae Nursery Site Resintech SEDC di Taman Perindustrian Demak Laut di sini.
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal di tapak semaian alga tersebut pada jam 10.30 pagi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin dan Ketua Advanced Expertise Common Centre, PETRONAS Group Research and Technology Adam Nasir Nawi.
Semasa lawatan itu, Adam Nasir memberi sembah taklimat ringkas kepada Tengku Hassanal berkenaan operasi stesen tersebut yang bakal mengkomersialkan bahan api penerbangan mapan (SAF) Sarawak berdasarkan alga atau lumut selepas tempoh percubaan.
Turut mengiringi baginda ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Negeri dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Negeri.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
