CEO KWSP Baharu Diumum Usai Tapisan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media selepas selesai Pemukiman Jemaah Menteri 2024 di Cyberjaya hari ini. Foto FMT

CYBERJAYA, 18 JanPelantikan CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diumumkan selepas calon sesuai melepasi tapisan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, proses pelantikan calon itu memakan sedikit masa kerana terdapat proses perlu dihormati.

“(CEO KWSP yang baharu) akan diputuskan segera, kerana ada proses yang harus dihormati, ada calon daripada pasukan yang ada kepakaran masing-masing.

“Ada dikemukakan dan kita akan umumkan, seperti biasa dalam semua pelantikan kita lalui tapisan SPRM, LHDN, Bank Negara dan PDRM. Itu ambil masa beberapa minggu,” katanya dalam sidang media selepas pemukiman Jemaah Menteri di sini.

Yang turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu Datuk Amir Hamzah Azizan yang menjawat jawatan itu sebelum ini dilantik sebagai menteri kewangan II susulan rombakan Jemaah Menteri bulan lalu.

Rombakan itu pula menyaksikan beberapa pemimpin dilantik semula ke kabinet antaranya Dr. Dzulkefly Ahmad dan Johari Abdul Ghani.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *