Rasulullah Teladan Terbaik Penyelamat Bangsa

RENUNGAN, 21 Okt – “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa harapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan berbanyak-banyak mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)”.
Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Pengajaran:
1. Nabi Muhammad adalah pemimpin yang sungguh hebat. Baginda berjaya mentransform kaumnya yang rendah dan hina, menjadi kaum yang hebat & mulia, sehingga mampu memimpin dunia, dalam tempoh 13 tahun sahaja. Apakah rahsianya?
2. Rahsia paling utama adalah akhlak baginda sendiri. Baginda sangat bersifat hormat, pengasih dan pemaaf kepada insan lain (merentasi agama & etnik). Sejak muda lagi, baginda sudah dikenali dengan gelaran Al-Amiin (yang amanah dan dipercayai)
3. Justeru, tanda kita benar-benar cinta dan ingin selamatkan kaum dan bangsa, maka kita mesti dengan tegas dan teguh, utamakan pemimpin yang nyata paling berakhlak tinggi dan paling amanah.
4. Tanda utama kasih kepada perjuangan & pengikutnya, Baginda hidup dengan cara paling sederhana, berkorban harta dan kemewahan demi kesejahteraan umat seluruhnya.
5. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (QS Ali-Imran:31)
Wallahuaklam.
BAB.
25 Rabiul Awal 1444H/21 Oktober 2022.
