Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah, Bukan Kerana Undi Parti Politik – Mujahid

Mujahid berkata, dakwaan bahawa seseorang boleh masuk syurga kerana mengundi parti politik adalah tidak berasas, “dari sudut ilmu mahupun realiti”.

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Seseorang masuk syurga adalah kerana izin dan rahmat Allah, bukan kerana mengundi mana-mana parti politik, kata Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata dakwaan bahawa seseorang boleh masuk syurga kerana mengundi parti politik adalah tidak berasas, “dari sudut ilmu mahupun realiti”.

“Saya menganggapnya sebagai ‘menjual syurga untuk politik’ dan pihak berotoriti perlu ambil tindakan sesuai kerana ‘menghina agama’,” katanya di Facebook.

Abdul Hadi Dipersoal Mengapa Kejadian 12 Tahun Lalu Tidak Dilapor

Mujahid menyoal apakah parti politik yang mentakfirkan sesama Islam dan melabel orang yang tidak bersamanya sebagai munafik akan mengundang rahmat Allah atau bala.

Beliau juga menyoal bagaimana sikap parti yang memfitnah dan berbohong demi kuasa dapat mengundang rahmat Allah untuk dapat syurga.

Kenyataan ini menyusuli laporan yang memetik Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan sebagai berkata ungkapan ‘masuk Pas akan masuk syurga’ mungkin menjadi sindiran terhadap partinya, wajah pwerjuangan mereka berteraskan Islam dan selaras ajaran agama.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan Pas tidak layak menjadi teladan sebagai sebuah parti dengan perjuangan Islam dan Melayu. Foto Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa

Katanya, kalau seseorang mati kerana berjuang mempertahankan Islam, dianggap mati syahid dan diberikan ganjaran pahala, orang itu akan masuk syurga.

Jadi, katanya lagi, jika masuk Pas dan terima Islam, berjuang di atas landasan Islam, dan nakkan Islam di dunia dan akhirnya, orang itu boleh masuk syurga.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *