Polis Terpaksa Tembak Tayar Hilux Cuba Rempuh Sekatan Di Kuala Krai

Keadaan tayar trak pikap Toyota Hilux dipandu seorang lelaki yang ditembak anggota polis di persimpangan Laloh, Kuala Krai, semalam. Foto PDRM

KUALA KRAI, 2 MacAnggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah selepas cuba merempuh anggota polis di Laloh, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, suspek berusia 45 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berjaya dicekup selepas 40 minit dikejar anggota kereta peronda (MPV).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, unit MPV cuba menahan kenderaan terbabit selepas mendapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemandu trak pikap itu bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis sebelum bertindak meloloskan diri, namun kemudiannya berjaya ditahan.

Keadaan tayar trak pikap Toyota Hilux dipandu seorang lelaki yang ditembak anggota polis di persimpangan Laloh, Kuala Krai, semalam. Foto PDRM

Hasil pemeriksaan menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 biji pil disyaki dadah jenis methamphetamine dan sebilah parang bersarung hitam di dalam kenderaan tersebut.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis emphetamie dan mempunyai dua rekod lampau berkait kesalahan dadah,” katanya menerusi satu kenyataan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *