Operasi Cari Mangsa Hilang Pantau Gunung Anak Krakatau Diteruskan

Screenshot

Helikopter dikerah mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika memantau aktiviti Gunung Anak Krakatau pada 10 September 2026.

JAKARTA, 10 Sep – Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue/SAR) terhadap lapan orang yang terputus hubungan ketika melakukan pemantauan di Gunung Anak Krakatau, Banten diteruskan hari ini.

Helikopter Dauphin AS365 N3+ dengan nombor pendaftaran HR-3604 telah dikerahkan untuk meneruskan operasi pencarian bersama bot laju (speed boat) di Perairan Selat Sunda.

Pemantauan udara tersebut dikoordinasi di wilayah sekitar gunung berkenaan dengan tumpuan dalam radius 15 kilometer.

Bot laju turut digunakan bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat di sekitar perairan Gunung Anak Krakatu, Selat Sunda pada 9 September 2026.

Helikopter tersebut berlepas dari Pangkalan Udara Atang Sendjaja pada jam 12.36 waktu tempatan (1.36 petang waktu Malaysia) dan dijadual mendarat di JIExpo Kemayoran, Jakarta, 20 minit kemudian.

Laluan penerbangan operasi meliputi JIExpo Kemayoran, Pantai Carita, BPBD Banten, dan kembali ke landasan helikopter JIExpo Kemayoran.

Terdahulu, lima pengamal media bersama tiga kru dilaporkan hilang ketika melakukan pemantauan terhadap aktivti gunung berapi berkenaan yang meletus menghamburkan debu setinggi enam kilometer ke udara pada 6 September lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web