Laluan Cerun Runtuh PLUS Dibuka, Pengguna Diminta Berhati-Hati

Kerja pembersihan laluan di lorong di KM 263.6 PLUS dilakukan bagi melancarkan trafik berhampiran Terowong Menora pada 11 September 2026. Foto tular
IPOH, 11 Sep – Para pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) diminta berhati-hati dan berwaspada apabila melalui kawasan tanah runtuh yang berlaku di KM263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora, Sungai Siput dekat sini.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), semua lorong sudah dibuka sepenuhnya kepada trafik bagi mengurangkan kesesakan dianggar sejauh 15 kilometer dari lokasi runtuhan.
Ini kerana, kestabilan cerun masih belum baik dan difahamkan kerja-kerja pengukuhan tebing akan dijalankan dalam masa terdekat.

Setakat ini kerja-kerja pembersihan giat dijalankan pihak pengurusan lebuh raya dan para pengguna diminta berhati-hati serta tidak melakukan tindakan yang boleh membahayakan kenderaan lain.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
