Telegram, MCMC Sedia Kerjasama Banteras Judi Dalam Talian – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov di Dubai pada Sabtu. Foto X Fahmi Fadzil
DUBAI, 3 Mac – Pihak aplikasi Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkemas aspek kawal selia platform berkenaan terutama dalam membanteras aktiviti ‘scam‘ dan judi dalam talian.
Menerusi laman Facebook, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu disampaikan pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov dalam pertemuan mereka di Dubai pada Sabtu.
Pertemuan itu bagi membincangkan isu berbangkit melibatkan platform media sosial itu yang mempunyai kira-kira 15 juta pengguna di Malaysia.
“Selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta Kecerdasan Buatan (AI).
“Pavel juga telah menyatakan komitmen beliau yang bersedia untuk melebarkan sayap operasi ke Malaysia pada masa akan datang.
“Saya juga telah menjemput beliau untuk datang ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan,” kata Fahmi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
