Polis Siasat Kes Amang Seksual Babit Pelajar Perempuan Tular

Suspek kes amang seksual yang tular di media sosial sedang dikesan setelah polis menerima laporan pada 21 Jun 2025.
PENAMPANG, 22 Jun – Polis menjalankan siasatan berhubung penularan video seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Putatan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada jam 8.09 malam tadi.
Katanya, video berdurasi satu minit 34 saat itu mula tular di media sosial sejak awal pagi tadi.
“Kes ini masih dalam siasatan dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan serta menjaga hak mangsa.
“Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Kalista Demson di talian 011-33980319,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

