Petani Harap Program Kebuniti MADANI Dapat Diperluaskan Jamin Bekalan Makanan

Sektor pertanian dapat diperkasa menerusi peluasan program Kebuniti MADANI bagi menjamin bekalan makanan di Sabah dalam jangka masa sederhana menjelang 2030. Foto Arkib
TAWAU, 1 Mac – Menyedari peri pentingya sektor agroteknologi seperti ‘Internet of Things’ (IoT), automasi dan mekanisasi secara berterusan merupakan pelan tindakan jangka pendek kerajaan untuk memperkasakan pembangunan rantaian tanaman makanan bagi keterjaminan makanan di negeri ini.
Bagi peladang dan petani di sini, Hamlid Awang berkata, usaha itu dapat dilakukan menerusi beberapa insiatif seperti jangka pendek dan sederhana seperti Festival Agrotek, Kursus Desiminasi Teknologi Tanaman dan Kursus Teknikal Pertanian.
Difahamkan Jabatan Pertanian turut menyediakan pakej pembangunan tanaman makanan yang meliputi pemberian insentif bahan tanaman, penyediaan kawasan, input pertanian dan peralatan ladang dengan anggaran nilai nilai RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap hektar.
“Setakat tahun lepas, kawasan kira-kira 93 hektar melibatkan 93 orang petani berjaya dibangunkan dengan tanaman kontan seperti halia dan keladi serta tanaman sayuran tanah rendah dan tanah tinggi.

“Saya berharap kerajaan turut mengekalkan sawah padi yang aktif penamanam seluas 24,000 hektar dengan anggaran jumlah pengeluaran 82,500 metrik tan padi.
“Pembangunan tanaman padi melibatkan insentif pemberian subsidi pembajakan sebanyak RM494 per hektar, pemberian input pertanian melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bernilai RM1,307.20 per hektar, subsidi harga jualan beras oleh BERNAS bernilai RM500 per tan.
Jabatan itu juga mempunyai program pemberian insentif baja NPK Green dan NPK Blue bernilai RM600 per hektar untuk tanaman jangka panjang dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran,” katanya.
Sektor pertanian dapat diperkasakan melalui pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek kerajaan negeri terhadap keterjaminan makanan di Sabah bagi sekurang-kurangnya sehingga 2030.
Selain itu, pelbagai varian tanaman penghasilan tinggi (HYV) sedang dalam proses peningkatan kualiti dan jaminan mutu yang disediakan agensi berkaitan.
Hamlid turut berharap kerajaan dapat menerapkan penggunaan teknologi pertanian terkini dalam projek-projek sedia ada seperti penanaman dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan penggunaan sistem pertanian pintar.
Melalui Program Kebuniti MADANI pula bertujuan menggalakkan individu atau masyarakat terlibat bercucuk tanam bagi menambah kuantiti serta kualiti bahan makanan bagi kegunaan setempat.
Ia sekaligus memastikan jaminan bekalan makanan dan rantaian bekalan dapat dikekalkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
