Harga Maksimum RM599 Inisiatif Terbaik Bantu Perantau Pulang Berhari Raya – Jame Stephen

Aktivis KEADILAN Sarawak, Jame Stephen berharap rakyat dapat memanfaatkan inisiatif ini sebaiknya bagi perantau pulang ke kampung menyambut Aidilfitri pada 10 April ini.

KUCHING, 1 Mac – Penetapan harga tiket penerbangan pada RM599 sehala sempena Hari Raya Aidilfitri disifatkan amat membantu rakyat di Sarawak khasnya dan Borneo amnya.

Menyifatkan ia langkah terbaik dalam usaha menangani isu kos sara hidup, aktivis KEADILAN Sarawak Jame Stephen menyokong usaha Kementerian Pengangkutan menyediakan inisiatif berkenaan baru-baru ini.

”Pengenalan harga maksimum RM599 ini diharap dapat membantu rakyat Sarawak, Sabah dan Labuan menguruskan kewangan dengan lebih berhemah bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya berharap inisiatif Kerajaan Perpaduan ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya kerana difahamkan pihak kementerian menggunakan peruntukan sedia ada dan bukannya peruntukan baharu.

”Jadi pada saya orang ramai memanfaatkan kesempatan ini dalam tempoh tiga hari yang akan diumumkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Aktivis KEADILAN Sarawak, Jame Stephen berharap rakyat dapat memanfaatkan inisiatif ini sebaiknya bagi perantau pulang ke kampung menyambut Aidilfitri pada 10 April ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berkata, ia berikutan tiada peruntukan tambahan diterima oleh MoT bagi inisiatif penetapan harga maksimum.

Ia sebaliknya menggunakan peruntukan sedia ada yang menyebabkan kementerian terpaksa mencari inisiatif tersendiri bagi menampung perbelanjaan.

Beliau dilapor berkata, sebarang kenaikan daripada harga maksimum ditetapkan itu akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari terbabit.

Selain cadangan menggunakan pesawat lebih besar seperti Airbus A330 dan Boeing 737, syarikat penerbangan diharap dapat memastikan jadual penerbangan dapat ditetapkan bagi mengelak sebarang kesulitan di kalangan pengguna.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *