Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh

IPOH, 1 Ogos – Sebuah pesawat ringan dalam navigasi normal dilaporkan terhempas Jalan Dr Nazrin Shah-Sungai Rokam, berhampiran Medan Gopeng, Ipoh, Perak, malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, kejadian kira-kira 8 malam itu turut membabitkan dua mangsa tersepit dengan kerja-kerja mengeluarkannya masih giat dijalankan.
Kejadian dikatakan berlaku dalam cuaca baik dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer (km).
Identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat ditentukan dan pihak berkuasa masih berada di tempat kejadian mengawal keadaan semasa di lokasi.
Menurut Bomba, mangsa pertama berjaya dikeluarkan jam 9.25 malam manakala seorang lagi 10 minit kemudian.
Difahamkan, jurulatih penerbangan dipercayai maut menurut maklumat terbaharu yang diperolehi manakala nasib seorang lagi mangsa belum dapat dipastikan.
