Warganet Lega PATI Kena ‘Kutip’ Kerja Tanpa Permit, Kotorkan Persekitaran
Ratusan PATI dicekup dalam serbuan ke atas Pangsapuri Hijau, Putrajaya yang membawa kepada penahanan 325 orang pada 9 September 2026. Foto qasih_riana
KUALA LUMPUR, 9 Sep – Warganet dilihat lega dengan perkembangan terkini siri serbuan pihak berkuasa ke atas penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI) di beberapa lokasi di Putrajaya dan Batu Pahat baru-baru ini.
Mereka menyifatkan tindakan tegas pihak berkuasa bukan sahaja perlu, malah mengurangkan kadar jenayah yang dilakukan mereka selama ini.
“Kalau tak bagi diaorang sewa rumah.. . diaorang akan merempat merata2.. pastu buat jenayah… Kerajaan kena percepatkan buat kem untuk diaorang ni…,” kata pengguna Threads, kong kingggg.

Seorang lagi pengguna, natrahnorlin menulis “Pantau la sekali warga asing pekerja landskap tu. Last month sepupu saya kena langgar dengan Bangladeshi. Tunggang motor tanpa lesen. Barai bumper. Dah langgar terus tak pandai cakap Melayu. Pekerja warga asing yang area rumah ni pun bawa 4 x 4 takde lesen juga. Kalau accident ke apa naya kat warganegara. Serabut la warga asing sesuka hati ni.”
Dalam siri serbuan itu, IPD Putrajaya telah melaksanakan Op Pintu Khas di sekitar Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) bagi memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam melalui kerjasama pihak berkaitan.
Hasilnya, seramai 325 warga asing ditahan sekitar Pangsapuri Putra di mana warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Thailand antara mereka yang dilihat merosakkan keharmonian dan ketenteraman sekitar.

Manakala seramai 234 orang warga asing daripada pelbagai negara berjaya ditahan dalam operasi selama dua hari Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor di kilang perabot dan pembuatan kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar dan Yong Peng semalam.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, lokasi serbuan sudah terlebih dahulu sebagai tempat tumpuan warga asing yang dipercayai bekerja tanpa dokumen yang sah hasil daripada risikan serta maklumat awam.
Katanya, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah meliputi semakan dokumen perjalanan, pas dan permit berkaitan serta status keberadaan warga asing di premis-premis berkenaan bagi memastikan undang-undang serta peraturan Imigresen dipatuhi.
“Daripada 234 orang yang ditahan, masing-masing seorang lelaki dewasa warganegara Pakistan, 155 lelaki (Bangladesh) 16 lelaki (India) 18 lelaki (Myanmar), 28 (Nepal) sembilan lelaki (China) dan tujuh perempuan dewasa (Myanmar) yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun.
“Semua tahanan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan telah ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

