Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Selepas Langgar Lubang Jalan

Keadaan motosikal ditunggangi dipercayai melanggar lubang jalan sebelum hilang kawalan di Kilometer 23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu pada 13 Mac 2026.

PAPAR, 14 Mac – Seorang penunggang motosikal maut digilis lori selepas motosikal ditungganginya dipercayai melanggar lubang jalan sebelum hilang kawalan di Kilometer 23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR datang dari arah Papar menuju ke Kota Kinabalu.

Keadaan motosikal ditunggangi dipercayai melanggar lubang jalan sebelum hilang kawalan di Kilometer 23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu pada 13 Mac 2026.

Menurutnya, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori tipper yang berada di hadapannya.

“Ketika cubaan memotong, motosikal mangsa dipercayai terlanggar lubang di permukaan jalan menyebabkan dia hilang kawalan sebelum terbabas dan termasuk ke bawah tayar lori terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Papar, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keadaan motosikal ditunggangi dipercayai melanggar lubang jalan sebelum hilang kawalan di Kilometer 23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu pada 13 Mac 2026.

Heryan berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Oleh: Juwan Riduan

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *