Serbuan Berbaloi, ESSCOM Rampas Mercun, Rokok Hampir RM1 Juta

Barangan termasuk mercun yang dirampas dalam operasi di tiga buah premis tidak bernombor di Kinabatangan pada 11 Mac 2026. Foto ESSCOM

KINABATANGAN, 14 Mac – Tiga buah premis tidak bernombor yang dijadikan stor penyimpanan rokok kretek, rokok putih dan mercun digempur anggota Bahagian Keselamatan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam serbuan di Kampung Paris III, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam operasi pada Rabu lalu, pihak berkuasa itu merampas 4,486 karton rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama serta 143 karton mercun dianggarkan bernilai RM850,000 termasuk cukai.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyeludupan rokok.

Barangan termasuk mercun yang dirampas dalam operasi di tiga buah premis tidak bernombor di Kinabatangan pada 11 Mac 2026. Foto ESSCOM

“Perbuatan menyembunyikan rokok sama ada dalam kotak atau plastik didapati melanggar Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Kastam 1967.

“ESSCOM akan terus mempergiatkan koordinasi operasi bersama pasukan keselamatan lain dalam usaha mengekang dan menangkap individu yang bemiat mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara, selain komited membantu pelbagai agensi membanteras aktiviti jenayah termasuk penyeludupan kontraban,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti dan kegiatan mencurigakan diminta menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *