Penubuhan J/Kuasa Kemajuan Desa MADANI Beri Manfaat Kepada Penduduk Desa

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid (dua, kanan) menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) kepada Bung Moktar yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha dari 66 kampung. Foto Bernama

KUALA PENYU, 6 Jun – Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah diyakini mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat khususnya di luar bandar, kata Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat.

Mengulas lanjut, Awang Aslee berkata dengan adanya jawatankuasa itu (JKDM) penduduk kampung dapat menyuarakan keperluan pembangunan di kampung masing-masing untuk tindakan daripada kerajaan Persekutuan.

“Sebenarnya pelantikan JKDM ini bagus dan baik untuk rakyat terutama sekali masyarakat desa, tetapi isu ini disalah erti oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

“dengan adanya JKDM ini dapat sekurang-kurangnya kita dapat mengangkat ekonomi rakyat terutama sekali di kampung-kampung. Kita wujudkan JKDM ini supaya rakyat ada ruang yang lebih untuk menyuarakan pembangunan di kawasan mereka.

“Untuk peringkat kerajaan Negeri ada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan kerajaan Persekutuan, ada JKDM. Sekiranya rakyat ada kemukakan permohonan kepada JKKK (Negeri) tetapi mungkin lambat, sekurang-kurangnya mereka boleh salurkan permohonan kepada JKDM.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid (dua, kanan) menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) kepada Bung Moktar yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha dari 66 kampung. Foto Bernama

“Jadi sebenarnya tiada isu pun sebab yang dapat kebaikan (manfaat) adalah rakyat. Cuma isu ini diputar belit oleh orang-orang tertentu yang ada kepentingan yang takut dengan kewujudan JKDM ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru dan Hari Kaamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Mansud, kelmarin.

Turut hadir, Guru Besar SK Mansud, Fadliezan Tingan dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Mansud, Sulaiman Tanih.

Dalam pada itu Awang Aslee mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada PIBG SK Mansud bersama jawatankuasanya kerana menganjurkan sepenuhnya sambutan Hari Guru kali ini.

Katanya, penghargaan itu wajar diberikan kepada PIBG SK Mansud dan jawatankuasanya kerana kebiasaan sambutan Hari Guru dianjurkan guru sendiri dengan kerjasama PIBG.

“Ini tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan guru-guru di SK Mansud yang bertungkus lumus mendidik anak-anak, yang mereka (PIBG SK Mansud dan jawatankuasa) terjemahkan dengan menganjurkan majlis sambutan hari guru kali ini, ” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *