Pembinaan Jalan CIQ Serudong Hampir Siap

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya (empat kanan) dan Ahli Parlimen Kalakan, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy (dua kanan) pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah di Tawau hari ini. Foto Facebook Shahelmey Yahya

TAWAU, 17 Feb – Kemudahan jalan raya untuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Serudong di Kalabakan, dekat sini, kini dalam pembinaan dan hampir siap, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya.

Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata ia adalah fasa pertama dalam langkah penting bagi menghubungkan jalan raya sempadan di Sabah, Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia.

“Fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem perparitan. Kita sedang menanti fasa kedua,” katanya selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah, di sini hari ini.

Shahelmey berkata beliau kini menunggu laporan terperinci jalan terlibat termasuk yang sedang dibina.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy meminta kerajaan menyegerakan pembinaan CIQ Serudong termasuk kemudahan jalan raya susulan pembangunan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya (empat kanan) dan Ahli Parlimen Kalakan, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy (dua kanan) pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah di Tawau hari ini. Foto Facebook Shahelmey Yahya

Dalam pada itu, Shahelmey berkata sambutan rumah terbuka perayaan yang turut diraikan pelbagai kaum berupaya mengukuhkan perpaduan dan keharmonian di Sabah.

Lebih 3,000 penduduk selain Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir pada majlis itu, yang turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian singa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *