Operasi SAR Kesan Mangsa Lubang Jerlus Dihentikan Serta Merta

Operasi mencari dan menyelamat warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam dihentikan hari ini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijayalakshmi, 48, yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dihentikan serta-merta, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan diambil susulan laporan yang diusulkan kepada Jemaah Menteri termasuk pakar tentang insiden yang berlaku.

Katanya, ia juga termasuk hasil laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang mengetuai SAR di lokasi tersebut.

“Sebab diberhentikan (SAR) ada beberapa perkara. Ada objek dikesan dalam saluran Indah Water Konsortium (IWK) itu, namun tidak mengesahkan ia adalah mangsa. Sebab kita tak boleh teruskan adalah faktor keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *