Warga Emas Ditemukan Maut Dalam Paya

Anggota JBPM membawa keluar warga emas yang ditemukan lemas di dalam paya. Foto JBPM

KETEREH, 1 Sep – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam paya pagi tadi di Kampung Beta Hulu Nilam Puri, di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK I) (KUP) Hasri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan untuk melakukan Khidmat Khas ( Bantuan Polis Mengambil Mayat Dalam Paya ) pada pukul 10.10 pagi.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba (BBP) Ketereh telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Sampai di lokasi terdapat seorang lelaki berusia 65 tahun berada di dalam paya.

“Mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar dari paya oleh anggota bomba menggunakan pengusung,” menurut Hasri Hussin dalam satu kenyaataan.

Menurut maklumat mangsa, Fakhrurazi Mamat beralamat di Kampung Belukar Beta Hulu dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *