Nur Humairah Akhirnya Berjaya Ditemui Awal Pagi Tadi

Nur Humairah Syafiqah berjaya ditemui jam 1 pagi tadi dan kini berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU, 27 Ogos – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan di kawasan Kampung Jawa Jalan Tengku Osman, di sini, pada awal pagi Selasa.

Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya masih menyiasat motif kehilangan remaja berkenaan.

Mohon Bantu Kesan Nur Humairah Yang Hilang Sejak Jumaat

“Mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya pada Selasa.

Sebelum itu, Jasmin memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan orang hilang susulan laporan yang diterima berhubung kehilangan remaja tersebut.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, ahli keluarga remaja tersebut merayu orang ramai untuk mengesan Nur Humaira Syafiqah.

Kakaknya Ayu, 39, berkata, kali terakhir adik bongsunya itu dilihat di rumah mereka pada jam 5 pagi di Kampung Tanjung Keramat, di sini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *