Muhyiddin Tiba Bagi Hadapi Pendakwaan Kes 3R Pertikai Wibawa Agong Ke-16

Bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Selasa berhubung tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948. Foto Nik Abdullah Nik Omar
GUA MUSANG, 27 Ogos – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di sini hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Ketibaan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 8.43 pagi, diiringi beberapa pemimpin tertinggi PN antaranya Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, sistem e-Filing Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).
Sebelum ini, tular melalui media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
