Nur Aishah Cetus Fenomena Baharu Buat Penduduk Penanti

Nur Aishah Zainol (dua dari kanan) menzahirkan sokongan dengan menghadiri program bersama Pengerusi Yayasan Bumiputera Berhad (YBB) bagi membantu usahawan bumiputera menceburi bidang keusahawanan.

PENDAPAT, 8 Ogos – Bakat dan kepimpinan. Itulah dua perkataan menggambarkan individu bernama Nur Aishah Zainol yang memiliki bakat kepimpinan selain sudah mempunyai daya tarikan untuk diketengahkan sebagai pelapis pemimpin masa hadapan.

Bukan itu sahaja, beliau kerap tampil ringkas, berani dan agresif dengan gaya tersendiri. Malah kepimpinannya semakin terserlah sejak beliau dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Di sebalik ketiadaan seorang wakil rakyat dalam kerajaan negeri khususnya di DUN Penanti telah muncul seorang wanita muda anak tempatan dari Penanti, Permatang Pauh yang memiliki visi jauh ke hadapan.

Namanya kini semakin mula meniti di bibir sebilangan penduduk di sini memandangkan beliau kerap hadir ke beberapa program rasmi kerajaan termasuk memenuhi jemputan daripada pihak komuniti atau penduduk termasuk penganjuran daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tertanya-tanya juga di mana kelibat ADUN Penanti Zulkifli Bakar dari Perikatan Nasional (PN) selama ini malah jarang-jarang sekali menunjukkan muka apatah lagi untuk bersemuka dengan penduduk untuk bertanya khabar atau mendengar rintihan penduduk terutamanya di DUN berkenaan.

Kehadiran Nur Aishah pada bengkel make-up 2.0 di Yayasan Aman Penanti menyuntik semangat kaum wanita memperbaiki teknik dan kaedah solekan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam bidang itu.

Sesungguhnya penduduk Penanti dikira sangat bertuah malah dianggap beruntung kerana hadirnya seorang wanita muda gigih seperti yang telah ditunjukkan oleh Nur Aishah seolah beliau bergelar Yang Berhormat (YB) kawasan malah tidak menang tangan kerap mengadakan kunjungan ziarah kasih dan menyantuni penduduk di kawasan itu.

BERKONGSI CERITA

Diminta berkongsi perjalanan beliau sebelum membabitkan diri secara serius dalam karier politik pada hari ini terlebih dahulu beliau terlibat secara sukarela sebagai seorang setiausaha Jawatankuasa Wanita dan Keluarga Kadun Penanti. Katanya, alhamdulillah Allah SWT lorongkan saya jalan yang mudah ketika mula-mula hendak menceburi bidang ini.

“Paling bermakna dalam hidup saya kerana dapat menyelesaikan pengajian sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazana Sarjana atau Master sedangkan ketika itu masih berkhidmat di pejabat Kadun Penanti sebagai Pegawai Seranta.

“Bermula dari sinilah minat saya terhadap politik mula bercambah apatahlagi kebetulan saya banyak terlibat secara langsung dalam membantu kerja-kerja YB mantan Adun Penanti dan sedikit sebanyak ilmu serta pengalaman yang pernah ditimba sepanjang berkhidmat di sini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Berbicara lanjut masa depan kariernya; Nur Aishah sememangnya sangat menghargai dan berterima kasih kepada pihak kepimpinan wanita KEADILAN negeri yang telah memberi peluang dan memilih beliau menjadi Ahli Majlis MBSP.

Katanya lagi; “saya akan membalas kepercayaan itu dengan mencurahkan segala khidmat bakti yang termampu kerana saya tahu dan sedar bahawa pelantikan saya ini sebagai Ahli Majlis MBSP mencerminkan imej atau identiti KEADILAN itu sendiri juga pada masa sama perlu melaksanakan amanah serta tanggungjawab bagi pihak berkuasa tempatan kerajaan negeri Pulau Pinang,” jelasnya.

RUTIN HARIAN

Melanjutkan lagi yang ungkapan beliau agak ringkas sebelum mengakhiri perbualan dengan penulis.

Bagaimanapun beliau akan cuba mengimbangi antara karier dan urusan peribadi lebih-lebih lagi pengurusan masa sangat penting.

Diberitahu rutin sehariannya mula gerak dari rumah seawal jam 9.00 pagi sehinggalah urusan kerja-kerja selesai itupun masa dikatakan tidak menentu ada kalanya dapat pulang awal ke rumah ataupun sebaliknya.

Sebenarnya dalam menjalankan urusan kerjanya, Nur Aishah tidak berseorang diri kerana turut dibantu pembantu khasnya termasuklah beberapa orang rakan lain yang terbabit langsung dalam keanggotaan jawatankuasa.

Biarpun sibuk dengan urusan kawasan namun Nur Aishah sempat menyampaikan sumbangan kaki palsu kepada Anjalai Dewi di sebuah kedai Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Contohnya seperti Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga (JPWK) dan Jawatankuasa Belia Penanti (JBPP) dan kerap beliau berkerja rapat dengan pihak komuniti penduduk.

”SAYANGI PENANTI” BAWA PERUBAHAN

Biarpun beliau Nur Aishah agak sibuk dengan tugasan selaku Ahli Majlis akan tetapi demi “Sayangi Penanti”, segala rintangan yang mendatang tetap diharungi jua.

Sementelahan sikap keprihatinan yang dipamerkan itu sudah dikira cukup untuk menghadirkan sesuatu yang dianggap istimewa bahkan boleh mencetuskan satu fenomena baharu buat penduduk Penanti.

Manakala sebaliknya bagi ADUN Penanti yang menjadi wakil rakyat yang sah digambarkan seperti ‘ada macam tidak ada’ yakni seorang wakil rakyat untuk menjadi tempat rakyat mengadu sebaliknya penduduk di kawasan Penanti lebih senang hati mengadu apa-apa masalah terus kepada Nur Aishah atau wakilnya.

Bukan itu sahaja, sebilangan besar penduduk Penanti melahirkan perasaan amat kecewa dan kesal dengan YB kawasan tersebut yang kurang cakna dan peduli hal ehwal penduduk di kawasannya sendiri.

Sebaliknya Nur Aishah pula yang tampil lebih agresif memainkan peranan seumpama seorang YB dalam usaha membantu dan cuba menyelesaikan permasalahan atau apa-apa isu yang dibangkitkan oleh penduduk.

Apa yang mencuri tumpuan penulis tentang satu perkongsiannya pengalaman baharunya semasa beliau hadir di dalam program Make-UP 2.0 tempoh hari di Permatang Pauh.

Antara perkara yang dikongsikan tersebut ialah mengingatkan kepada rakan peserta agar “jadilah diri sendiri dan bukannya orang lain” dengan kata bermaksud, tidak perlu untuk berpura-pura semata untuk menjaga hati orang lain atau untuk dilihat keadaan nampak sempurna sedangkan adalah berlaku sebaliknya.

Katanya lagi “sebaik-baiknya seorang wanita itu hendaklah memanfaatkan akan kelebihan atau kemampuan pada saluran atau platform yang betul lagi tepat”.

Dalam pada itu, di sebalik wajah kuntuman senyuman yang manis terselit sama sikap empati beliau terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Malahan pantang jikalau terdapat atau terdengar pihak-pihak atau individu yang memerlukan pertolongan atau bantuan lantas beliau tidak berat tangan untuk menghulurkan bantuan atau pertolongan.

Contohnya dalam hal aduan penduduk terlibat telahpun dibuktikan oleh beliau sendiri di mana sentiasa cakna dengan setiap aduan yang diterima sekalipun ada kalanya aduan yang diterima tersebut dipandang remeh namun tidak bagi diri Nur Aishah.

Waima, boleh dikatakan sepanjang minggu tidak pernah kosong dengan aktiviti ataupun program yang memerlukan kehadiran beliau. Malahan rutin jadual hariannya agak padat juga mengalahkan rutin jadual kerja seorang wakil rakyat.

Baru-baru ini beliau masih berkesempatan melapangkan masa mengunjungi salah seorang penduduk di Sungai Bakap dikenali Puan Anjalai Dewi dan kemudian membawanya ke sebuah kedai yang menjual sarung kaki palsu.

Puan Anjalai Dewi melahirkan rasa terharu dan amat berterima kasih kepada Puan Nur Aishah yang sudi menyumbangkan sepasang kaki palsu memandangkan keadaan dirinya sudah hampir 24 tahun terpaksa bergerak menggunakan kaki palsu yang telah lama rosak.

Kini beliau Puan Anjalai Dewi sudah boleh tersenyum dengan sepasang kaki palsu yang telah disumbangkan oleh Nur Aishah diharap beliau Anjalai Dewi dapat bergerak seperti biasa untuk melakukan rutin sehariannya di rumah.

Akhirnya semoga Allah SWT memberkati dan merahmati usaha murni beliau menabur bakti demi keselesaan penduduk Penanti.

  • Pemerhati Bebas Politik


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *