Kenaikan Gaji Penjawat Awam Petanda Ekonomi Negara Berada Dalam Keadaan Amat Baik

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC, Putrajaya pada 1 Mei 2024. Beliau mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam tertinggi dalam sejarah negara bermula 1 Disember ini. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

PENDAPAT, 8 Ogos – Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam menunjukkan prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan yang amat baik walaupun berdepan dengan ketidak tentuan global seperti perang di Gaza dan konflik Ukraine-Rusia.

Ternyata pengumuman Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembirakan para penjawat awam di seluruh negara sejak dimaklumkan awal tahun ini.

Peruntukan bagi kenaikan gaji kakitangan kerajaan dianggar melebihi RM10 bilion dan jumlah tersebut merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara pada satu-satu masa.

Inti pati wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyampai stesen televisyen berhubung kenaikan gaji penjawat awam yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember. Foto Bernama

Ini ditegaskan lagi jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang berkata, seramai 692,828 kakitangan kumpulan pelaksana melibatkan pegawai Gred 40 dan ke bawah bakal menikmati kenaikan pendapatan sehingga 42.7 peratus.

Pada sidang media mingguan semalam Fahmi menjelaskan gambaran awal secara keseluruhan perincian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu boleh diperolehi seawal minggu depan menerusi kaedah yang akan dimaklumkan.

Sebelum ini Datuk Seri Anwar semasa sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya yang antara lain mengulas kenaikan gaji penjawat awam sehingga 42.7 peratus.

Menurutnya kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013.

Kenaikan tersebut adalah langkah positif dalam memacu ekonomi penjawat awam secara umumnya selain membolehkan mereka meningkatkan kualiti kehidupan.

Pada yang tidak jelas, keputusan kerajaan itu mampu memperkasa dan memperbaiki tahap daya saing serta motivasi selain peningkatan produktiviti dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.

Selain menjadi agenda serampang dua mata, ia juga membantu meredakan tekanan kewangan bulanan yang dialami oleh penjawat awam lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran semasa termasuk menangani isu kos sara hidup.

Penjawat awam yang bakal menerima kenaikan gaji bermula 1 Disember ini diharap dapat mempertingkatkan lagi prestasi penyampaian awam selaras dengan agenda Malaysia MADANI yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti biasa pembangkang akan mempertikai keputusan penting terhadap enjin penggerak ekonomi negara, namun perkara itu penting bagi memastikan kestabilan struktur pentadbiran tersebut daripada dibelenggu pelbagai masalah dalaman sehingga menjejaskan produktiviti negara.

Kenaikan gaji penjawat awam tidak boleh dilihat hanya sekadar membantu walaupun diakui sektor swasta yang lebih menyumbang kepada ekonomi negara.

Adalah tidak wajar membandingkan kenaikan gaji penjawat awam yang hanya berlaku sekali-sekali dengan sektor swasta yang rata-rata menikmatinya hampir setiap tahun berdasarkan prestasi tahunan kakitangan mereka.

PM Anwar Selar Pihak Persoal Kerajaan Umum Kenaikan Gaji

Maka tindakan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam adalah wajar lebih-lebih lagi ia memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi selain membantu memperhebatkan penyampaian awam serta memperluaskan jaringan ekonomi dan sosial dalam masyarakat.

Jadi pihak-pihak di luar sana janganlah mempertikai keputusan kerajaan ini dan paling penting para peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sesuka hati apabila ia berkuatkuasa mulai 1 Disember depan.

Diharapkan Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh merancang dari sekarang seperti mana operasi yang dijalankan ketika penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu.

Syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana tanpa penegasan Perdana Menteri, mana mungkin ia dapat direalisasikan.

Ingat, sudah 20 bulan beliau tidak mengambil sesen pun wang gaji dan elaun termasuk elaun sebagai Pengerusi GLC yang diarah dikembalikan selagi ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *