Noktahkan Miskin Tegar Dalam Tempoh Dua Bulan Di Kelantan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di Kota Bharu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KOTA BHARU, 2 Mei – Baki lebih 1,000 ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar di Kelantan akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha menoktahkan kemiskinan tegar perlu kerana golongan itu tidak berkemampuan membeli makanan dan keperluan.

“Saya minta senarai termasuk dalam kategori miskin tegar dan lebih 1,000 KIR dalam kategori ini. Saya beri tempoh dua bulan untuk menoktahkan perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat negeri di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di Kota Bharu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Datuk Azman Ibrahim) kata boleh selesai dalam masa dua bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini, malam ini.

Perdana Menteri berkata tidak mahu Kelantan ketinggalan berbanding Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor yang dapat menoktahkan kemiskinan tegar bulan ini.

“Juga keperluan untuk membina pusat perniagaan bagi tujuan itu (noktah miskin tegar),” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *