Akhyar Cedera Kena Pukul, Samun Di Terengganu

Keadaan Akhyar selepas cedera dipukul dan disamun mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 2 Mei – Pemain Sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mengalami kecederaan pada bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.
Kejadian didakwa berlaku di sebuah kondominium kira-kira pukul 9.00 malam tadi.
Berdasarkan maklumat awal, Akhyar, 25, dipercayai dipukul dengan senjata berbentuk cota pada bahagian kepala dan badan oleh suspek sebaik turun daripada kenderaan.

Video dan beberapa keping gambar tular di media sosial menunjukkan nasib yang menimpa pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
Akhyar dipercayai telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
