’Meriam’ Arsenal Tumbang Di Craven Cottage, Gagal Pintas Liverpool

Pemain Fulham meraikan jaringan kemenangan ke atas gergasi London, Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London malam tadi. Foto AFP
LONDON, 31 Dis – Hajat skuad bimbingan Mikel Arteta merampas tangga teratas daripada Liverpool tidak kesampaian apabila dimalukan jiran tetangga London, Fulham pada aksi yang berkesudahan tewas 1-2 di Craven Cottage malam tadi.
Kekalahan tersebut nyata merencatkan sambutan Tahun Baharu The Gunners yang berangan mahu memintas Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris (PL) buat seketika apabila menanti kunjungan Newcastle di Anfield awal pagi esok.
Biarpun Bukayo Saka menceriakan skuad Arsenal pada minit ke-5 namun dua gol balas Fulham menerusi Raul Jimenez minit ke-39 dan Bobby De Cordova-Reid memusnahkan impian gergasi London itu memintas skuad kendalian Jurgen Klopp.
Kekalahan itu juga meletakkan mereka kekal di tangga keempat liga di belakang Aston Villa dan Manchester City yang menang ke atas lawan masing-masing pada Sabtu.

Saingan awal dikuasai Arsenal dengan percubaan pantas menerusi gandingan Gabriel Martinelli dan Saka hingga membutirkan gol pertama bagi pasukan pelawat hanya lima minit wisel ditiup pengadil perlawanan.
Arsenal selepas itu nyaris mencetak gol tiga minit sebelum rehat separuh masa pertama apabila bola tendangan menyusur tanah Martinelli tersasar di sebelah gawang Fulham yang terlebih dahulu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29.
Kawalan kemas Fulham ke atas Arsenal pada separuh masa kedua berjaya mengekang asakan pelawat dan akhirnya gol kemenangan The Cottagers hadir menerusi Cordova-Reid pada minit ke-59 perlawanan.
Kekalahan kedua berturut-turut Arsenal menambah tekanan ke atas skuad kendalian bos kelahiran Sepanyol itu yang pincang setelah ramai pemain mereka cedera.
Sementara Liverpool pula berpeluang menjarakkan diri dengan Villa kepada tiga mata sekiranya menang ke atas The Magpies awal pagi Selasa nanti.
Kedudukan Lima Teratas
- Liverpool 42 mata
- Aston Villa 42 mata
Man City 40 mata
Arsenal 40 mata
Tottenham 39 mata
<
p style=”text-align: center;”>
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
