Memerdekakan Minda Umat Manifestasi ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’

Pemilihan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai erti kemerdekaan sebenar buat seluruh rakyat. Foto PMO

PENDAPAT, 24 OgosSewajarnya sebagai seorang ahli sarjana pada hemat saya, harus bebas memberikan apa sahaja pandangan selagi mana ia masih di dalam kerangka atau skop diskusi ilmiah yang tidak memihak atau bersikap bias.

Mereka wajar menyatakan perkara yang hak dan menegur perkara yang batil apatah lagi menyentuh soal-soal tadbir urus negara dan perlembagaan tentunya pandangan serta pendapat seseorang ahli sarjana berkenaan akan mempengaruhi orang ramai.

Misalnya kita sering didodoi dengan cerita-cerita sensasi, atau mungkin berupa fitnah dan tatkala melihat orang yang membawa fitnah tersebut kita pula turut sama terpengaruh kerana pancaindera kerap terdedah dengan pelbagai bentuk maklumat bertaraf sampah.

Mencapai kemerdekaan dan memaknai kemerdekaan wajar dipupuk seawal generasi muda bagi menyemai semangat cintakan negara.

Al-Quran itu didatangkan untuk umat-Nya dijadikan petunjuk bagi memerdekakan pemikiran manusia daripada bersikap jumud, supaya boleh dapat berfikir dengan akal yang waras dan matang.

Zaman di mana hawa nafsu yang akan menjadi daya tarikan ditambah pula dengan meluasnya penggunaan teknologi dan multimedia tanpa sempadan.

Maka hal demikian ahli sarjana dan akademia bukan sahaja dituntut menyumbangkan ilmu serta bidang kepakaran malah turut memainkan peranan berkesan memberikan pencerahan sesuatu isu agar masyarakat didedahkan dengan maklumat-maklumat yang tepat sebagai manifastasi manhaj rabbani ummah.

Pada masa sama masyarakat dapat dijernihkan gaya berfikir serta dididik dengan kefahaman yang betul lagi tepat.

Di dalam kita memperlihatkan riwayat hijrah baginda Nabi SAW, kita ini adalah umat yang terkemudian wajar sedar serta insaf harus mengambil iktibar dan pedoman.

Menarik perhatian lagi, sepanjang perjalanan dakwah Rasulullah SAW, Baginda telah meninggalkan khazanah Tauhid sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Maha pencipta-Nya.

Tauhid merujuk kepada wawasan agung dan semangat perjuangan untuk menyampaikan mesej iman, persaudaraan dan keadilan kepada seluruh umat manusia disamping nilai kebersamaan dan tindakan serta komitmen secara holistik.

Hari Kebangsaan bukan sekadar diraikan saban tahun tetapi mengisi kemerdekaan dan menuju ke hadapan tidak boleh diketepikan semua lapisan masyarakat.

Justeru, dengan semangat jiwa merdeka diharapkan para ahli akademia dan sarjana memerdekakan minda agar mengelak daripada cuba memecah belahkan ikatan sosial, serta menajamkan konflik dan melebarkan pergeseran agama di dalam masyarakat.

Dengan tema sambutan hari kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, diharap segenap lapisan masyarakat dapat berfikir dengan tuntas dan positif akan memaknai semangat kemerdekaan yang kita kecapi 67 tahun lalu.

“MALAYSIA MADANI JIWA MERDEKA”

Pemerhati Bebas Politik


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *